Want your
own Fotopage?






 
nadzlina's FotoPage

By: nadzlina nadzree

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Feb-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
RUMAH KU SYURGA KU

laman tempat rileks
ruang tamu
tangga dari ruang tamu ke bilik atas
ruang bawah tangga
ruang makan
anjung
tepi anjung kereta
pangkin ala kampung
luar pagar rumah
luar pagar rumah
pokok ucca
pintu pagar masuk
mesin jahit antik
acuan kueh kacang
kreativiti
house of spices
blooming thumbergia
ruang dapur
Leeina
Leeina
Laman



Foto-foto ini diambil oleh jurufoto professional dari majalah Jelita pada tarikh 20 Mei 2004 untuk dislotkan ke dalam majalah tersebut. Di atas sebab-sebab tertentu, gambar-gambar ini terperap beberapa lama di dalam simpanan mereka. Namun akhirnya ianya dimuatkan di dalam majalah Anjung Seri keluaran bulan Februari 2006.

Deri amat berterima kasih kepada pihak majalah tersebut yang sudi memberikan satu salinan foto-foto berkualiti ini untuk simpanan dan kenangan kami.

Masih Deri ingat lagi bagaimana sibuknya kami seisi keluarga bertungkus lumus membuat persiapan untuk sessi pengambaran ini. Kami mengambil masa 3 hari untuk berpuas hati dengan susunan hiasan dalaman dan juga laman rumah. Tugasan untuk mengindahkan bahagian laman rumah diserahkan sepenuhnya kepada Deri, manakala bahagian dalaman & susunan perabot dari ruang tamu hingga ke ruang dapur di lakukan bersama-sama seisi keluarga. Berbagai-bagai idea yang keluar dari kotak fikiran masing-masing. Suasana begitu kelamkabut, tetapi amat meriah. Pengsan dibuatnya..... Pada malam terakhir persiapan dilakukan sehingga larut malam !!


Namun, kami amat berpuas hati bila melihat hasil dari kerja keras kami itu. Walaupun rumah ini hanya rumah teres biasa yang agak sempit, tetapi lensa kamera berjaya memberi persepsi yang berbeza.






Quote:
norsham: alah ceq oiii...laman yang ada ni tak sampai sekangkang kera pun luasnya...dalam gambaq memang nampak lain sikit... ceq kata "bila balik KL nanti..." Ceq asal KL ka? Kalau ceq nak ke KL, habaq awai2...nnti boleh mai main congkak ngan naik basikal tua kat umah kami....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net