Want your
own Fotopage?








 
nadzlina's FotoPage

By: nadzlina nadzree

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 24-Oct-2009 16:00 Email | Share | | Bookmark
RE-UNION PELAJAR-PELAJAR NORCAT, KING'S LYNN, ENGLAND

antara yang hadir.... masih hensem...masih ayu..
senyuman terpancar dari hati yang ikhlas...
Leena, Maria & Baharom
Deri, Baharom & Maria
Amir, Mushairry & Roslee
Mokhtar & Tuan Imam
Maria, Baharom, Anis's sister & Ahmad Nizar
Zul Bashah & Wan Aljunaidi
Jeffri, Zul & Junaidi
View all 31 photos...
RE-UNION NORCAT 1977-1984
Tarikh: 24 Oktober 2009
Lokasi : Banglo Tn. Haji Mokhtar Ismail, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Alhamdulillah, dengan berkat usaha keras beberapa kerat bekas pelajar batch ke3 NORCAT, berjayalah juga buat julung-julung kalinya diadakan gathering secara tidak formal untuk mengembalikan nostalgia zaman muda-muda di King's Lynn dulu. Syabas diucapkan kepada brother Ed (Md. Zahir Shariff) yang bertungkus lumus mendapatkan talian-talian hayat rakan-rakan lama sebagai satu usaha jejak kasih yang akhirnya menemukan sebilangan kecil daripada kuncu-kuncu NORCAT dulu. Sayangnya beliau sendiri tidak dapat hadir disaat-saat akhir kerana ditugaskan untuk menyambut pak menteri yang datang melawat projek dibawah kawalselia beliau. Apa boleh buat Ed... Tak apa la, lain kali hang buat tak tau saja...

Tak ramai yang dapat dijejaki dalam masa yang singkat. Namun sudah cukup untuk mengumpulkan beberapa kerat sebagai satu permulaan jejak kasih yang memberangsangkan. Terima kasih yang tak terhingga kami semua ucapkan kepada Hj. Mokhtar yang sanggup melapangkan masa & kediamannya, serta sanggup menjadi penaja bagi meraikan majlis ini, yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Restoran Pelita, Shah Alam. Dengan izin Allah swt., satu perjumpaan yang lebih grandos lagi akan cuba diaturkan oleh brother Ed dengan bantuan dari beberapa ex-NORCAT yang lain pada satu tarikh & lokasi yang sesuai. Cadangan adalah amat-amat dialukan....

Majlis berlangsung dari pukul 3 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Yang datang silih berganti. Aku sendiri berada di sana dari 4.30 ptg hingga 7.45 mlm. Sedikit pun tidak terasa masa berlalu sebab banyak sangat rasanya perkara yang hendak dibualkan. Riuh rendah rumah Hj. Mokhtar dengan bual & gelak tawa. Sukar untuk masing-masing mengenali sebahagian dari rakan-rakan lama yang seusia, apatah lagi senior ataupun junior. Masing-masing sudah berubah dari susuk tubuh & paras rupa ... Usia telah memainkan peranannya!! Hampir suku abad lamanya kami tidak pernah bertemu, maupun berinteraksi di talian cyber. Dalam fikiran masing-masing hanya terpahat wajah-wajah remaja di era kolej dulu. Bila bertentang mata saja, lidah pun kelu....hanya hati yang berbicara. Siapa? Batch mana? Itulah saja soalan yang banyak diajukan. Namun, setelah berbual bicara buat seketika, karakter lama akan otomatis muncul semula....

Apakah perjumpaan seperti ini akan berulang kembali? Mungkinkah ianya akan berkubur sepi buat kesekian lama pula? Sama-samalah kita berusaha mengeratkan semula silatulrahim, walaupun kita semua sibuk dengan urusan masing-masing. Aku berharap brother Ed tidak serik & berputus asa dalam usaha murni ini. Aku cuba membantu di sudut-sudut tertentu yang diperlukan. Harapan aku agar kita dapat mempertemukan semula seluruh warga ex-NORCAT di satu grand gathering nanti.

Tiada yang mustahil...

ANTARA YANG HADIR
1. Hj. Mokhtar Ismail ('79-'81) & family (Tuan rumah)
2. Nadzri Yahaya ('78-'80) & wife, Norzailina ( ex-Grimsby )
3 & 4. Baharom Musri ('78-'80) & wife, Maria Ismail ('78-'80)
5. Zulkifli Bashah ('79-'81)
6. Roslee ('79-'81) & family
7. Bahrain ('79-'81) & daughter
8. Dr. Aniswal ('79-'81)
9. Prof. Madya Dr. Hj. Mushairry ('80-'82) & family
10. Amiruddin Ahmad ('80-'82)
11. Wan Arjunaidi ('80-'82)
12. YB Haniza Talha ('80-'82) & husband
13. Reeza Bustami ('80-'82)
14. Ahmad Nizar Safian (......)
15 & 16. Jefri ('82-'84) & wife, Raja Mazneeta ('82-'84)
17. Nurhayati ('82-'84)
18. Azah ('81-'83)
19. Siti ('81-'83)





Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 18:30 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 11

R&R Gunung Semanggol
menghampiri Butterwoth dari KL
menghampiri Butterwoth dari KL
Alor Setar
Alor Setar
Arau
View all 16 photos...
PLUS HIGHWAY
Tarikh: 27 & 29 Mac 2009

Dalam perjalanan melalui Plus highway, kalau kita amati betul-betul, pemandangan di kiri kanannya sangat-sangat menarik. Bagi kebanyakan rakyat tempatan, mungkin pemandangan ini sudah sebati dengan kehidupan seharian, sudah menjadi satu perkara lumrah. Jadi kita tidak begitu mengambil berat tentang kewujudan lokasi-lokasi yamg menarik di sepanjang lebuhraya. Tapi, bagi pelancong pula, mereka mempunyai persepsi yang berlainan. Kehijauan flora, bukit bukau, kepulan awan & pelangi, ladang sawit, ladang getah, sawah padi, tasik semulajadi dan sungai-sungai di kiri kanan lebuhraya Malaysia amat mempesonakan mata yang memandang. Tidak hairanlah kalau kita lihat mereka akan memberhentikan kereta di tempat-tempat yang disediakan dan mengambil gambar di setiap penjuru. Deri pun akan membuat perkara yang sama sekiranya berada di tempat mereka.

Cuaca semasa kami pulang dari Perlis tidak begitu cerah. Mendung dan hujan di sepanjang lebuhraya mengiringi kami dari Bukit Gantang hinggalah ke KL. Adakalanya hujan terlalu lebat. Tapi Majdi yang memandu mercedes barunya memecut seperti tidak ada apa-apa halangan. Gerun juga Deri... Selalunya Deri yang memandu. Tapi, bila menumpang ni rasa takut pun ada juga...Lebuhraya agak sesak sikit, mungkin juga di sebabkan oleh cuaca yang muram & lembap.

Kami singgah di Pekan Tanjong Malim untuk makan malam. Lepas tu terus balik ke KL.

Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 17:30 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 10

perghh..ada pintu gerbang!!
quite comfortable
mostly gerai buah-buahan
View all 11 photos...
HENTIAN R&R BUKIT GANTANG

PERAK
Tempat: Bukit Gantang
Tarikh: 29 Mac 2009
Masa : 6.00 ptg - 6.15 ptg

Dalam perjalanan pulang ke KL, kami singgah sebentar di hentian Bukit Gantang, Perak untuk ke washroom & juga beli buah & kuah rojak "Mak Bee". Hari ni orang ramai kat sini sebab hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang. Sesak juga highway dibuatnya...

Kawasan hentian ni nampak sangat bersih dan dilanskapkan dengan teratur sekali. Penjagaannya begitu menarik perhatian orang ramai yang singgah di sini. Gerai yang banyak kat sini adalah gerai buah-buahan tempatan, terutamanya buah jambu batu. Selain dari tu terdapat juga beraneka jeruk dan kuah rojak.

Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 16:00 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 9

27 MAC 2009
27 MAC 2009
27 MAC 2009
View all 17 photos...
FOTO CIK SITI

KANGAR, PERLIS
Tempat: Kg Padang Pauh
Tarikh: 28-29 Mac 2009

Budak comel ni kami panggil dia cik CT, anak bongsu Yani. Anak sedagha Deri ni memang ceria selalu. Kemana-mana Deri melangkah, dia akan ikut sekali. Posing depan kamera tidak menjadi masaalah pada dia. Pandai shoot foto menggunakan DSLR & compact digital camera with a little bit of guidance. Selalu ikit Deri tu pasal nak bodek guna kamera laa... cheeky little girl...


Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 15:00 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 8

27 MAC 2009
28 MAC 2009
28 MAC 2009
View all 33 photos...
FOTO TOK WAN @ CAQ

KANGAR, PERLIS
Tempat: Kg Padang Pauh
Tarikh: 28-29 Mac 2009

Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 14:00 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 7

 
 
 
View all 8 photos...
RUMAH PENGHULU CHOH

KANGAR, PERLIS
Tempat: Kg Padang Pauh
Tarikh: 29 Mac 2009

Rumah Penghulu Choh merupakan rumah tradisi negeri Perlis. Ianya terletak bersebelahan dengan rumah ayah Deri. Ianya sudah lama tidak di diami, rasanya sudah melebihi 15 tahun. Selepas kematian Nyang Minah dan kemudiannya Tok Su Yam, tidak ada sesiapa yang tinggal di situ. Tapi ianya tetap di jaga oleh Pak Long Lah(Allahyarham) yang menetap di rumah bersebelahan. Pak Long Lah adalah menantu kepada Tok Su Yam.

Rumah ini telah diwarisi oleh Bang Cik Man melalui pewarisnya Pak Ngah Mud(Mahmud) iaitu ayahnya. Tapi Bang Cik Man tidak menetap di sini, jadi rumah itu dibiarkan saja.

Menurut Tok Wan Deri, Caq Ismail, usia rumah ini sudah menjangkau 100 tahun lebih. Rumah ini didirikan dalam 3 peringkat. Peringkat pertamanya adalah bahagian dapur yang sudah agak usang dan telah dirobohkan beberapa tahun lepas. Deri sempat mengambil foto menggunakan kamera SLR 'film roll' Canon beberapa tahun sebelum ia dirobohkan. (Nanti Deri nak scan & upload kat sini juga...)

Peringkat keduanya adalah "rumah tengah" yang paling berseni sekali. Dindingnya dibina dari anyaman buluh yang sangat halus dan tahan lama. Kagum sekali melihat ianya masih seperti asal, langsung tidak rosak dimamah usia. Hujan panas tidak mencacatcelakan buatannya. Kelarai di bahagian atas pintu & tingkap berukir halus dan penuh kesenian. Pintu utama yang mengasingkan ruang tamu & ruang famili adalah pintu selak dari kayu keras yang sangat 'solid'. Lantai kayu juga masih lagi kukuh. Keunikkan rumah tengah ini ialah, ianya didirikan tanpa menggunakan paku logam. Ianya bertanggam & berselak kayu sahaja. Memang handal sekali tukang yang memasang rumah tengah ni.

Peringkat ketiga adalah bahagian hadapan yang dijadikan ruang tamu & anjung. Deri masih ingat lagi, semasa sekolah rendah dulu, kami budak-budak kampung selalu datang tengok TV kat ruang tamu ni... Favourite movie masa tu adalah "Samurai, Land of the giant dan Ultraman". Kesian kami, untuk tengok TV terpaksa menumpang rumah orang lain sebab keluarga kami tidak mampu untuk memilikinya. Kalau hujan lebat atau cuaca tidak elok, terpaksalah kami menggigit jari kerana tak dapat nak datang ke sini. Masa tu, Pak Ngah Mud & Mak Ngah Ma mendiami rumah ni. Deri datang juga ke sini untuk belajar bahasa Arab dengan Mak Ngah Ma, tapi taklah lama sangat... Gambar-gambar bahagian hadapan ini akan Deri scan & upload nanti.

bagus dan menarik unit dan mengusik kenangan, kalau ada gambar lain berkaitan rumah ni upload kan supaya ramai peminat antik menatapnya Mon 21-Nov-2011 00:36
Posted by:mil
di sini lah pernah tinggal 3 orang anak yatim yang dipinggirkan susah senang tak siapa yang tau, pengorbanan seorang ibu yang tak siapa yang pernah tau, setiap malam menitis air mata memikirkan esok nak beri makan apa untuk 3 orang anak yang tersisih dari pandangan orang ramai. Terima Kasih Ibu Mon 21-Nov-2011 00:39
Posted by:mil
Amat menarik kisah Rumah Penghulu Choh.Suami ada juga menceritakan kisah silam kehidupannya di rumah Penghulu Choh.Tak Sangka usianya dah menjangkau 100 tahun lebih.Suami adalah anak bongsu dari Mak Ngah Ma.Rasanya Abang Long (Bang Cik Man) atau waris keluarga Penghulu Choh perlu mempertahan senibina asal dan memberi penjagaan yang rapi pada rumah yang tak ternilai senibinanya ini.
Mon 21-Nov-2011 12:06
Posted by:azmila
Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 10:48 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 6

bangunan paling lama.
bangunan baru. masa Deri dah ada
tangga bangunan lama
View all 10 photos...
NOSTALGIA :
SEKOLAH RENDAH KU

BESERI, PERLIS
Tempat: Sekolah Kebangsaan Paya
Tarikh: 28 Mac 2009

Masa orang tengah sibuk-sibuk "buat kerja kenduri", adik Yani minta tolong Deri pergi ambil anaknya, Zafri di sekolah rendah. Ada tuition hari ni. Since sekolah ni dulunya adalah sekolah Deri juga, maka Deri rasa nak pergi shoot beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan. Dulu ada sekali datang ambil gambar, tapi belum lagi dimuatkan di FP ni. So, Deri pun pergi laa... ajak sekali ayah Zafri, Bakar Madun. Juddin dengan Siti pun nak ikut sekali, so Deri pun bawa la diorang juga.

Deri bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paya ini dari tahun 1966 hingga 1971. Semasa itu guru besar sekolah tersebut adalah cikgu Bakar Mohammad (kalau tak silap ingatan). Lain-lain guru yang masih Deri ingati adalah cikgu Azizah (BM), cikgu Dahlan (Sains), cikgu Darus (English), cikgu Kalsom (Ugama) & cikgu Mustapa. Deri mewakili sekolah dalam "sepak raga jaring" (sepak takraw) bersama-sama rakan lama Bakar Ahmad & Lokman Mohd. Selain dari tu Deri aktif dalam sukan lompat jauh dan "bumi hijau". Favourite subject Deri adalah lukisan.

Semasa darjah 6, Deri terpilih bersama-sama dengan Nazri Md. Noor & Musrawati Jaafar untuk menduduki peperiksaan khas ke sekolah berasrama penuh. Hanya Deri saja yang berjaya ke Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban. Kalau tak silap, Nazri menyambungkan pelajarannya ke Sekolah Tengku Sulaiman & seterusnya ke Sekolah Menengah Sains, Perlis. Musra pula meneruskan pelajarannya ke Sekolah Menengah Derma, Kangar.

Tidak ramai rakan-rakan yang masih Deri ingati nama mereka. Antara yang Deri masih ingat selain dari Nazri, Musrawati Bakar Ahmad & Lokman ialah Bakhtiar Bahari, Khairul Anuar, Yusri Jusoff, Aishah Dahuli, Sabariah, Wan Malini, Bakar Senapi, Aziz Arshad, Rosnah Mat, Juriah Jaafar, Baharom, Marzuki & Abdul Razak.

Setelah habis ambil gambar, Deri bertemu dengan rakan lama semasa di SDAR dulu, saudara Fauzi Hashim yang merupakan seorang guru senior di sekolah ni. Fauzi adalah setahun senior dari Deri semasa di SDAR, sama batch dengan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan (bekas Timbalan Menteri Kesihatan) dan juga Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan (bekas Menteri Penerangan). Kami pun bersembang panjang, bertanyakhabar tentang rakan-rakan lama. Begitulah akrabnya "budak-budak SDAR", di mana sahaja kami bertemu, maka letihlah orang lain menunggu..... bila kami mula bersembang, tidak akan jumpa noktahnya. At last, Deri tengok anak-anak saudara dah mula resah dalam kereta. So, terpaksalah Deri minta diri dulu....

Nota tambahan (4 September 2009):
Masa Deri balik Perlis pada 28-30 Sept. baru-baru ni, bangunan sekolah ni dahpun dirobohkan. Kerja-kerja pembinaan blok bangunan baru sedang rancak dijalankan. Alhamdulillah...sempat juga rupanya Deri mengabadikan gambar-gambar bangunan lama ini sebagai kenangan... a priceless treasure that will be kept as legend!!

Nazri, if you can still remember me, I was one of your classmate in SK Paya of the same period. Looking at your photos did bring back lots of memories that I had with you and friends. The only thing that is missing is that most of our friends are no where to be seen anymore. Hope they are in good health and doing well in their careers. Wed 18-Nov-2009 04:19
Posted by:Aziz Arshad
Add comment


Sunday, 29-Mar-2009 08:00 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 5

hentian teksi Kangar
senja di putra palace
Mumtaz
View all 58 photos...
SANA SINI

KANGAR, PERLIS
Tempat: Kg Padang Pauh
Tarikh: 28-29 Mac 2009

Add comment


Saturday, 28-Mar-2009 21:00 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 4

cool breeze...
di sini lah kami mula mengaji al-Quran
blessed
View all 58 photos...
KAMPUNG LAMAN KU

KANGAR, PERLIS
Tempat: Kg Padang Pauh
Tarikh: 27-28 Mac 2009

Kata pepatah, sejauh mana seluang melaut, akhirnya pulang ke pantai jua... Tepat sekali dengan diri Deri. Tapi, bukanlah melautnya Deri kerana merantau membawa diri, cuma melanjutkan pelajaran & berkerja. Walaupun di mana Deri berada, namun di hati ini tetap menyimpan segala nostalgia hidup di kampung halaman, di tanah tumpah darah tercinta. Kampung halaman Deri, Kampung Padang Pauh, Perlis, sentiasa di hati. Di sinilah Deri dilahirkan, dibesarkan oleh ayahanda bonda tercinta & di sinilah Deri melalui zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan.

Sekali sekala Deri akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ayahanda & bonda. Walaupun tidak sekerap mana, Deri tidak pernah lupa & insyaAllah tidak akan lupa sehingga ke akhir hayat. Sememangnya Deri dibuai dengan ulit lenggok kerja-kerja di pejabat sehinggakan terbawa-bawa sehingga ke rumah, tapi tiba masanya Deri akan mengatur juga jadual untuk pulang ke kampung. Tugas sebagai 'anak' tak mungkin Deri abaikan. Begitu juga dengan tugas sebagai seorang 'suami & ayah'. Semuanya perlu diseimbangkan dengan teliti dan penuh kejujuran.

Bila berada di kampung, Deri terasa seperti ada satu suntikan semangat baru meresap ke dalam setiap urat & sendi tubuh ini. Rasanya dos untuk mengekalkan ketenangan fikiran dan kedamaian hati sememangnya ada di sini. Adakalanya Deri terasa seperti tidak mahu pulang berkerja di KL yang hingar bingar & penuh dengan segala kekusutan, kekalutan dan ketidakstabilan emosi. Tapi, kehidupan ini perlu diharungi walau di mana sahaja kita berada. Cabaran perlu ditempuhi. Untuk menjadi insan yang berjaya kita perlu ada ketabahan & kecekalan hati dan perlu juga disaluti dengan keimanan dan kasih kepada Yang Agong.


Selamat balik kamping Fri 17-Apr-2009 03:05
Posted by:baning  - [Link]
Salam,

Tumpang iklan....

Come and visit us at http://eazyshop2u.blogspot.com for a good quality, branded and affordable children clothing.

TQ.....
Sat 18-Apr-2009 03:29
Posted by:Ani  - [Link]
Add comment


Saturday, 28-Mar-2009 20:00 Email | Share | | Bookmark
BALIK KAMPUNG~PERLIS: 27-29 MAC 2009 -BAB 3

Bang Dan tgh adjust pelengat
panaskan air dlm kawah
pelengat 10 tingkat dr aluminium
View all 34 photos...
NASI PELENGAT PERLIS

KANGAR, PERLIS
Tempat: Kg Padang Pauh
Tarikh: 28 Mac 2009
Masa : 10.00 pg - 11.30 pg

Semasa nasi dimasak dengan menggunakan "Pelengat", Deri terpanggil untuk merakamkan proses ini. Deri rasa amat bermanfaat sekali kiranya orang-orang lain di Malaysia ni melihat cara-cara nasi pelengat Perlis ini dimasak. Ia adalah satu cara yang sangat unik. Deri tahu, ramai yang tidak pernah melihatnya.

Untuk mengetahui bagaimana ianya dilakukan, silalah baca seterusnya dan lihat gambar-gambar sebagai panduan. Deri muatkan juga dalam blog Deri untuk bloggers yang tidak mengunjungi FP... Sila klik di sini.... http://kunadzri.blogspot.com/2009/04/nasi-pelengat-perlis.html

(A) Perkakas memasak :
1. Kawah yang dimasukkan air paip atau air perigi (jangan guna air mineral...rugi duit...)
2. Pelengat 10 tingkat berbentuk 3-segi yang dibuat dari aluminium sebagai rak untuk meletakkan talam
3. Talam yang keras sikit, selalunya yang jenis berbunga-bunga dari Cina tu. (Kalau lembut sangat, nanti dia akan cepat terpele'ot... haha... cari sendiri maksudnya...)
4. Penutup pelengat yang diperbuat dari zinc atau metal yang tahan panas.
5. Pelapik kawah dari bahan yang tak terbakar.
6. Kayu api atau apa-apa bahan pembakaran yang tak merbahaya... (warning : jangan guna bunga api... )
7. Pelepah pisang, untuk meratakan beras kat dalam talam. Bahan keras seperti kayu patut dihindarkan. Nanti talam terpelanting... rugi beras...
8. Daun pandan sebagai bahan pewangi
9. Kain basah.... tengok gambar nanti tahu lah fungsinya...

(B) Cara memasak :
1. Ok, untuk memasak nasi sebanyak 10 talam ni, kita perlukan 20 kilo beras. Ini bermakna satu talam diisikan dengan 2 kilo beras.
2. Masukkan air suci lagi bersih sehingga lebih sedikit dari paras beras. (macam masak nasi dalam periuk gitu...)
3. Kalau banyak ni punya nasi, bolehlah disediakan untuk lebihkurang 250 orang yang bernafsu makan secara normal...
4. Sementara tu panaskan kawah yang dah diisi air tadi. Jangan lupa campakkan daun pandan ke dalamnya.
5. Setelah siap 10 talam diatas rak masing-masing dan air pun dah panas, maka tutupkan pelengat tadi.
6. Dalam masa lebihkurang 45 minit, angkat semula tutup pelengat. (Warning: Tutup pelengat sangat la panas... pandai-pandai sendiri lah...)
7. Nasi dah masak... putih berseri-seri...!!
8. Masukkan nasi kedalam bekas kedap udara. Bila tiba masanya, sajikanlah....
9. Untuk ulangmasak lagi 10 talam, cuma perlu tunggu selama 30 minit sahaja sebab tutup pelengat sudah panas... jadi cepatlah masak nasinya.

Sekian.

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com